Monday, April 28, 2014

Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

21 ayat cinta






1.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

2.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


3.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


5.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.

6.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

7.Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.


8.Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

9.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

10.Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.


11.Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.Inilah dasyatnya cinta!.

12.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

13.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


14.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

15.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.


16.Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

17.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


18.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

19.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu,tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.


20.Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam,tidak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

21.Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya.